Mesyuarat Tahunan Jawatankuasa Pemuakatan






Mesyuarat tahunan tersebut bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Dimulakan dengan ucapan alu-aluan Penolong Pengarah En. Azizi Bin Zakaria diikuti Pengerusi JK Pemuafakatan PKG Kota iaitu Tn. Hj Kadzri Bin Ibrahim. Majlis dirasmikan oleh Datin Hjh Naemah Bte Ahmad Dahalan, Pegawai Pelajaran Daerah Rembau.

Dalam majlis ini juga turut diadakan Majlis Sekalung Budi bagi memberi penghargaan kepada mantan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kota, En. Rosli Bin Zakariah, mantan Pengerusi JK Pemuafakatan PKG Kota Pn. Hanifah Bte Ali serta mantan AJK JK Pemuafakatan PKG Kota, Pn. Hjh Noraziah.

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI PUSAT KEGIATAN GURU NEGERI SEMBILAN

Permohonan adalah dipelawa kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA32(KUP) atau DGA29 yang sedang bertugas di Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan



PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN PUSAT KEGIATAN GURU di seluruh Negeri Sembilan.



SYARAT PERMOHONAN



1. Telah bertugas 5 tahun atau lebih.

2. Mempunyai kemahiran sama ada dalam bidang Pusat Sumber atau ICT.

3. Mempunyai minat dalam bidang berkaitan.



Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh didapati di :



Unit Perkhidmatan dan Perjawatan

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

Negeri Sembilan Darul Khusus

KM14 Jalan Pantai Telok Kemang

71050 Port Dickson



Tel: 06-6621985 / 1929

Faks: 06-6627316

Mesyuarat Pelarasan Pusat Kegiatan Guru Kota dan Guru Penyelaras Bestari 01/2012



Mesyuarat Pelarasan Pusat Kegiatan Guru Kota dan Guru Penyelaras Bestari telah dijalankan pada 16.2.2012 di Bilik Mesyuarat PKG Rembau, PKG Rembau dan dihadiri oleh 38 GPB sekolah ahli PKG Kota dan Rembau .Mereka telah DIBERI taklimat berkaitan fungsi dan peranan GPB di sekolah serta program-program yang akan dilaksanakan pada tahun ini

Mesyuarat Pelarasan Pusat Kegiatan Guru Kota dan Guru Penyelaras Media 01/2012


Mesyuarat Pelarasan Pusat Kegiatan Guru Kota dan Guru Penyelaras Media telah dijalankan pada 14.2.2012 di Bilik Seri Kota 2 dan dihadiri oleh 38 GPM sekolah ahli PKG Kota dan Rembau .Mereka telah DIBERI taklimat berkaitan fungsi dan peranan GPM di sekolah serta program-program yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Majlis tersebut dirasmikan oleh En Kamaruzzan Bin Ayob.

Selamat Hari Lahir Pn. Rosimah Othman. 12.02.2012











Majlis disertai staf PKG, staf sekolah dan guru.

Mesyuarat Pengurusan PKG 01/2012












Pada 20hb Januari yang lalu, Mesyuarat Pengurusan PKG siri pertama telah diadakan di Anjung Kota, Pusat Kegiatan Guru Kota. Majlis disertai Pegawai Teknologi Pendidikan, Juruteknik Komputer dan Pembantu Tadbir.